Memandangkan cycle IVF yg ini gagal i.e. tak melekat or period, aku rasa nak bercerita tentang keperitan hati aku bila cycle ni gagal. Untuk IVFers macam kami ni, IVF ni umpama our final road to travel dalam proses nak dapat anak.So bila aku pegi O n G dan dapat tarikh serta merta aku rasa sangat excited but still macam berbelah bagi. Macam tak ready pun ada. The reason aku dapat tarikh serta merta adalah faktor umur.Aku dah 37. So dalam tak percaya tu aku tahan semua rasa sakit dan malu...all for a baby. Cukuplah walaupun satu. Balik-balik aku doa "Allah berilah aku peluang jadi ibu,berilah peluang pada suamiku jadi bapa". Aku pergi semua appointment sorang kecuali masa OPU..sebab aku kesian husband penat terkejar-kejar kerja sana sini.
Fast forward bila dah selesai embryo transfer bermulalah penantian 2 minggu.The two weeks wait yang boleh buat semua yg nak jadi ibu jadi gila.Week pertama ok..aku cuba low key semua aktiviti. Tiba-tiba petang Ahad tu darah keluar.Reaksi pertama aku hanya menangis. Sebab darah keluar dengan period cramp.Aku google bagai nak gila tp yg keluar banyak tentang implantation bleeding.
No comments:
Post a Comment